Friday, July 31, 2009

isa


tiada I.S.A,
tiada tahanan,
tiada monyet jalanan
negara aman

*akan aman?



gelama


Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi Perdana Menteri...

*pm potret


Saturday, July 25, 2009

melayu


Orang-orang Melayu, sifatnya suka beralah, lemah lembut, bersangka baik dan suka memberi peluang serta mempunyai sindrom kurang daya tahan pendirian. 


hang jebat

“Kita mesti berani menyatakan sesuatu walaupun apa yang dikatakan itu mungkin orang lain tidak suka"

Friday, July 24, 2009

lompat


lompat atau jatuh? Tak lompat tak jatuh..Mak kita selalu pesan dulu, "jangan lompat, nanti jatuh"....

kalau kena pada kita semua tak mengapa


memperingati mayat dengan memegang lilin dan meniup lilin semasa menyambut hari jadi adalah adat dan budaya..

“Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.” [HR at Tirmidzi]


adik beradik


orang kate adik beradik sikit akan kurang kasih sayang adik beradik
orang kata adik beradik sikit nanti akan cemburu melihat kawannya yang adik beradik ramai
orang kata adik beradik sikit nanti hari raya rumah tak meriah
orang kata adik beradik sikit tak banyak dapat duit raya

*siapa kata?


pemandangan kampung


tukang ambil pesanan melayu
tukang masak melayu
tukang lap meja melayu
tukang hantar air melayu
tukang bakar sate melayu
tukang amik duit melayu
tukang hantar ikan bakar pun melayu juga
ramai orang melayu makan di situ
lebih ramai dari bangsa pemilik restoran itu....

Thursday, July 23, 2009

bijak


Orang bijak tidak akan menolak nasihat dari mereka yang bijak hanya kerana bimbang dikata orang. Kerana dia tahu, kebijaksanaannya tidak akan dipertikai hanya kerana dia mendengar nasihat mereka yang telah terbukti bijak. Dan sebijak manapun seseorang itu, tetapi jikalau dia lebih suka meminta nasihat dari mereka yang 'belum pasti bijak atau tidak', maka dia pasti dicemuh atas kesilapannya itu, satu hari nanti...



Wednesday, July 22, 2009

169 hari

Quality Innovation Team

Kaizen Presentation

Poka Yoke


perasaan

mungkin belum puas bercuti... 

atau belum datang seru...

atau belum cukup diasak...

-cakap jela malas

babi dan rasuah


Kenapa kita tak makan babi?
sebab dari kecil kita diajar, dididik bahawa babi itu haram, jijik sehingga melihat babi pon kita rase loya..

Kenapa kita rasuah?
Kerana dari kecil kita kurang diajar, dididik bahawa rasuah itu haram, jijik dan sebagainya..




Tuesday, July 21, 2009

kuning yang sedikit




babak gembira


2 gol

beliau seakan2 hebat, harap awak akan dapat mengambilnya sebagai pemain awak..

- layak ke?